Thursday 27 September 2012

Persembahan Silat Kuntau Sempena Hari Kecemerlangan Ko-Kurikulum SMKBB

Assalamualaikum w.b.t. Pada hari Rabu yang lepas bersamaan dengan 26/9/2012, jemaah kami telah mengadakan persembahan Silat bersempena Hari Kecemerlangan Ko-Kurikulum sekolah. Seramai 26 ahli jemaah yang terlibat diketuai oleh Izz Afiq. Di dalam persembahan tersebut, kami telah membuat Sembah Perguruan diikuti dengan Jurus SMKBB, Kuntau Satu, Buah Pukul, Permainan Laga (sparring), Tongkat,Pisau dan Jurus Pernafasan. Alhamdulillah,semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang dengan izin Allah.















Thursday 13 September 2012

PRESENTATION PhD MARTIAL ART OLEH DATUK PROF. DR. HAJI BAHAROM BIN HAJI KAMARI

SILIBUS LATIHAN SENI SILAT KUNTAU SELENDANG MERAH


Seni Silat Kuntau Selendang Merah merupakan sejenis ilmu beladiri yg relevan dengan keadaan semasa masa kini. Latihannya mencirikan teknik tempur tanpa senjata (tts) yang bercorak laga sebenar dengan mengambil penting faktor keselamatan pemain/ pesilat. Ianya mudah dan senang untuk dipelajari dengan keadaan rumah yang stabil dan kukuh mengikut fizikal seseorang. Lazimnya seseorang yang mempelajari silat ini dengan tekun akan mengambil masa selama hampir 6 bulan sahaja untuk menguasai tahap 1 beserta laga. 
Tidak mengira peringkat umur seseorang untuk mempelajari silat ini kerana setiap peringkat bergantung kaedah pengajarannya. Intipati silat ini bukan sahaja menerusi latihan fizikal sahaja ianya lebih dari itu. Konsep ketaatan haruslah difahami dan dihayati oleh seseorang yang ingin bergelar ahlinya dan ini membentuk JATIDIRI SEJATI UNGGUL. Maksud jatidiri disini ialah menjadikan seseorang bertanggungjawab untuk menjaga maruah diri, ibubapa dan keluarga, rakan-rakan dan masyarakat. Untuk tujuan ini 6 isi taat telah diterapkan kepada ahlinya iaitu taat kepada Allah, Rasul, Ibubapa, Guru, Ketua dan Jemaah.

TAHAP 1
1) Peringkat Kuntau 1
2) Peringkat Kuntau 2
3) Peringkat Kuntau 3

TAHAP 2
1) Peringkat Kuntau 4
2) Peringkat Kuntau 5
3) Peringkat Kuntau 6

TAHAP 3
1) Peringkat Kuntau 7
2) Peringkat Kuntau 8
3) Peringkat Kuntau 9

Pengisian Latihan : 
Setiap ahli wajib menguasai laga/ teknik tempur tanpa senjata (tts) cara Kuntau yang melatih ahli-ahlinya berlaga (Sparing) menggunakan glove. Latihan ini memberikan kesan yg amat mendalam pada ahli, kerana ianya berkonsepkan real fighter. 


TAHAP SENJATA 
1) Peringkat Kuntau Tongkat
2) Peringkat Kuntau Pisau/ Keris
3) Peringkat Kuntau Parang 
4) Peringkat Kuntau Pedang

Pengisian Latihan :  
Untuk diperingkat ini, setiap ahli mestilah seorang yg berjaya menguasai semua peringkat kuntau 1 hinggalah ke peringkat kuntau 9. Disiplin menjadi tunjang utama kepada pencapaian seseorang dalam berjaya ke peringkat ini. 

TAHAP LIAN (peringkat tertinggi)
1) Peringkat Kuntau Lian 1-9

Tuesday 11 September 2012

Di dalam silat kuntau selempang merah ini semua orang boleh pelajari. Tidak kira umur,pagkat, lelaki atau perempuan dan keturunan..,sesiapa sahaja boleh belajar. Silat ini mengetenggahkan permainan seni tempur(REAL FIGHTING)yang unik dan mudah di pelejari oleh semua peringkat umur.Pertubuhan kami adalah pertubuhan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Belia Dan Sukan.., Video-video dibawah ini merupakan salah satu permainan dalam silat kami..,
PERMAINAN PEDANG CIKGU MUZRI BERSAMA CIKGU SHAHRUDI
KONSEP LATIHAN BERLAGA DENGAN TANGAN KOSONG

Monday 10 September 2012

KONSEP LATIHAN LAGA DENGAN MENGGUNAKAN GLOVE SPARING..,

Sunday 9 September 2012

Penubuhan Silat Kuntau di SMKBB

Assalamualaikum WBT. Pertubuhan Seni Silat Kuntau Selempang Merah Malaysia (PSSKSM) sudah mula bertapak di Smk Bukit Bandaraya sejak tahun 2001 lagi. Penubuhan ini bermula daripada jemputan bekas pengetua SMKBB iaitu DATIN SUWARNI BINTI HASSAN menjemput PSSKSM untuk membuka gelanggang silat di Sekolah ini. Alhamdulillah, silat ini masih lagi mendapat tempat di hati semua warga SMKBB tidak kira guru, staf mahupun pelajar sekolah ini sendiri..,sehingga sekarang. Jumlah ahli di sini semakin hari semakin bertambah..,dan kami yakin Insyaallah pada tahun 2013 jumlah Ahli Silat di sekolah ini akan bertambah menjadi sehingga 100 orang. Blog ini dihasilkan bagi tujuan menarik dan menambah lagi bilangan jemaah silat di sekolah kami sekaligus dapat memberikan informasi-informasi berguna kepada para pembaca mengenai aktiviti-aktiviti silat yang dijalankan di sekolah kami. Untuk maklumat lanjut, sila klik pada profil PSSKSM SMKBB atau laman HUBUNGI KAMI. terima kasih.